Saturday 18 January 2014

KURSUS KEPIMPINAN SMKTLS 2014

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN KELAB/PERSATUAN/UNIT UNIFORM/SUKAN 2014

  Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada 18 Januari 2014 iaitu pada hari Sabtu, SMK Tuanku Lailatul Shahreen telah mengadakan satu program khas buat kali pertama tentang aktiviti kokurikulum iaitu Kursus Kepimpinan Kelab/Persatuan/Unit Uniform/Sukan yang bertempat di Dewan SMK Tuanku Lailatul Shahreen. Program ini bertuju untuk memantapkan lagi pengurusan pentadbiran dalam bidang kokurikulum.

  Program ini dimulakan dengan pendaftaran peserta-peserta. Seterusnya, dirasmi oleh Tuan Pengetua SMKTLS, Puan Hayazi. PK Kokurikulum, Puan Rosnani menerangkan pengurusan organisasi bagi setiap unit kokurikulum. 

  Pendedahan tentang cara-cara menjadi pemimpin yang berwawasan juga turut diterangkan oleh Puan Rosnani. Selain itu, ciri-ciri yang perlu ada dalam seorang pemimpin juga diterapkan dalam program ini.

  Bengkel yang diadakan ialah melakar logo setiap unit kokurikulum dan membuat laman blog masing-masing. Bengkel ini diurus oleh Setiausaha Kokurikulum SMKTLS, Encik Salleh.




Lakar logo KOR Kadet Polis SMKTLS, yang dihasilkan oleh Siti Nur Syazlin, Azieyan Farhanaz dan Ahmad Aqil.

  Kami menghantar seorang wakil ke makmal ICT SMKTLS untuk membuat laman blog KOR Kadet Polis SMKTLS yang dibantu oleh guru-guru.

  Program ini berakhir dengan pertunjukkan hasil blog yang dibina dan penyampaian sijil kepada peserta.