Saturday 22 February 2014

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. pada khamis bersamaan 12/02/2014 yang lalu pemilihan kenaikan pangkat platun KOR KADET POLIS SMK Tuanku Lailatul Shahreen telah diadakan diadakan di medan perhimpunan sekolah. sehubungan dengan itu pihak PDRM telah menghantar dua orang pegawai PDRM untuk membuat pemilihan kenaikan pangkat. Pemilihan bermula dari pukul 5.15 petang sehingga 6.30 petang. Kenaikan pangkat ini hanya untuk platun kor kadet polis tingkatan 3 hingga 5 sahaja manakala platun kor kadet polis lelaki dan perempuan tingkatan 1 dan 2 membuat latihan kawad y diajar oleh jurulatih kawad daripada pihak PDRM. Berikut adalah nama-nama yang berjaya dinaikkan pangkat : 

PLATUN LELAKI
1 AHMAD AQIL B. CHE MOHD RUZAIDI SARJEN 5 PROGRESIF
2 MOHAMAD SYAZWAN B. SEZALI KOPERAL 5 PROGRESIF...
3 MUHD SYAMIM AIZAT B. KAMARUDIN KOPERAL 5 PROGRESIF
4 MUHAMMAD ARIF BIN NORISHAM KOPERAL 4 KREATIF
5 AHMAD SHAHIDI BIN BOKHRI LANS KOPERAL 4 BESTARI
6 MUHAMMAD AL-FATIH BIN RUSLI LANS KOPERAL 3 BESTARI
7 MOHAMAD NABIL BIN JEFFRI ZAIN LANS KOPERAL 5 PROGRESIF

PLATUN PEREMPUAN
1 SITI NUR SYAZLIN BT ZAKARIA SARJEN 5 PROGRESIF
2 SITI NUR FARAHIM BT MUSTAFFA KOPERAL 5 KREATIF
3 FARHATUL AULA BT MOHAMAD JAFRI KOPERAL 5 KREATIF
4 AZIEYAN FARHANAZ BT ABU BAKAR KOPERAL 5 PROGRESIF
5 FAZLIN ANIS BT SUPIAN LANS KOPERAL 5 PROGRESIF
6 NURUL ASYIQIN BT AZIZAN LANS KOPERAL 5 KREATIF
7 IZZATULSYIMA BT IBRAHIM LANS KOPERAL 4 BESTARI


Tahniah kepada nama-nama tersebut kerana dinaikkan pangkat dan kata-kata dari pada guru kor kadet polis sekolah iaitu ENCIK AMIROL AMIR amat berharap agar semua platun yang dinaikan pangkat ini menjalankan tugas mereka dengan penuh semangat supaya kor kadet polis pada tahun ini dapat memberi kejayaan dan mengharumkan nama sekolah.

Saturday 18 January 2014

KURSUS KEPIMPINAN SMKTLS 2014

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN KELAB/PERSATUAN/UNIT UNIFORM/SUKAN 2014

  Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada 18 Januari 2014 iaitu pada hari Sabtu, SMK Tuanku Lailatul Shahreen telah mengadakan satu program khas buat kali pertama tentang aktiviti kokurikulum iaitu Kursus Kepimpinan Kelab/Persatuan/Unit Uniform/Sukan yang bertempat di Dewan SMK Tuanku Lailatul Shahreen. Program ini bertuju untuk memantapkan lagi pengurusan pentadbiran dalam bidang kokurikulum.

  Program ini dimulakan dengan pendaftaran peserta-peserta. Seterusnya, dirasmi oleh Tuan Pengetua SMKTLS, Puan Hayazi. PK Kokurikulum, Puan Rosnani menerangkan pengurusan organisasi bagi setiap unit kokurikulum. 

  Pendedahan tentang cara-cara menjadi pemimpin yang berwawasan juga turut diterangkan oleh Puan Rosnani. Selain itu, ciri-ciri yang perlu ada dalam seorang pemimpin juga diterapkan dalam program ini.

  Bengkel yang diadakan ialah melakar logo setiap unit kokurikulum dan membuat laman blog masing-masing. Bengkel ini diurus oleh Setiausaha Kokurikulum SMKTLS, Encik Salleh.




Lakar logo KOR Kadet Polis SMKTLS, yang dihasilkan oleh Siti Nur Syazlin, Azieyan Farhanaz dan Ahmad Aqil.

  Kami menghantar seorang wakil ke makmal ICT SMKTLS untuk membuat laman blog KOR Kadet Polis SMKTLS yang dibantu oleh guru-guru.

  Program ini berakhir dengan pertunjukkan hasil blog yang dibina dan penyampaian sijil kepada peserta.